nuffnang

Tuesday 14 July 2015

Rempeyek Kacang Tanah


Ramuan:-
- 500 gm tepung beras
- 3 sudu besar jintan manis (kisar)
- 2 sudu besar jintan putih (kisar)
- 6 sudu besar biji ketumbar (kisar)
- 50 g udang kering @ ikan bilis (kisar)
- 5 ulas bawang putih (kisar)
- 500g santan kotak
- 500g air
- 1 biji telur grade B
- 600g kacang tanah
- Minyak untuk  menggoreng
- Garam secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan:-
- Bancuh tepung beras bersama kesemua ramuan kisar, garam dan telur hingga sebati.
- Sementara itu panaskan minyak yang banyak di dalam kuali saiz yang agak besar.
- Senduk adunan sedikit masukkan dalam bekas dan masuk kacang tanah gaul rata.
- Tuangkan secara memanjang di tepi kuali  dan adunan akan melekat ditepi kuali.
- Gunakan sudip untuk menyimbahkan perlahan-lahan minyak panas ke atas rempeyek yang melekat di tepi kuali supaya tanggal.
- Apabila semua rempeyek telah tanggal balikkan,  setelah kelihatan masak dan garing bolehlah diangkat.  Toskan.
- Pastikan rempeyek sejuk sebelum disimpan ke dalam tin atau bekas kedap udara.

Selamat Mencuba...







Air Katira


Ramuan:-
- 1 tin susu cair
- 1/2 biji buah tembikai susu
- 1/2 botol aiskrim soda
- Gula mengikut citarasa
- Sedikit warna hijau
- Air secukupnya
- Biji selasih (rendam guna air biasa)

Cara-Cara Penyediaan:-
- Kisar tembikai susu dengan sedikit air. Tapis.
- Masukkan susu cair dan gula kacau rata.
- Tuang ice cream soda, selasih dan pewarna hijau.
- Kacau sebati selepas itu letak ice cube.
- Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba...