Tuesday, 19 May 2015
Potato Croquette
Ramuan:-
- 5 biji ubi kentang
- 1 sudu makan mentega
- 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
- 150g daging cincang
- 1/2 tsp rempah kurma
- 1/8 tsp garam
- 1/8 tsp serbuk lada sulah
- 1 biji telur dipukul
- Bread crumbs secukupnya
- 2 sudu makan bumbung tepung gandum
- Minyak untuk mengoreng
Cara-Cara Penyediaan:-
- Kupas kulit kentang dan rebus ubi kentang sehingga empuk dan lenyek.
- Panaskan mentega tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan daging dan rempah kurma kacau supaya tidak berketul.
- Bila sudah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah gaul rata.
- Tuang dalam bekas yang berisi kentang lenyek tadi gaul.
- Ambil doh bentuklah mengikut citarasa masing-masing.
- Selepas itu salutkan dengan tepung dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
- Akhir sekali golekkan dalam bekas bread crumbs.
- Panaskan minyak goreng api sederhana sehingga masak.
Selamat Mencuba..

Assalamualaikum K.Pah,
ReplyDeleteAdda pernah try buat ni dulu .. memang sodap kak..
Waalaikumsalam. Hmhm sodap cicah dgn sos sama mayonis yumyum adda syuhada
ReplyDelete