nuffnang

Sunday, 30 October 2011

Bubur Jagung Permata Sagu

Ramuan :-

- 500g jagung biji(beli di pasar tani)
- 1 1/2 biji kelapa
- 2 genggam permata sagu
- 3 senduk sayur gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu kecil garam





Cara Penyediaan :-

- Masukkan jagung ke dalam periuk dan rebus sehingga empuk.
- Kemudian, masukkan santan, garam, gula, daun pandan dan sagu permata.
- Anda juga boleh menggunakan sagu berwarna-warni yang selalu digunakan di dalam cendol.
- Selepas itu, masak di atas api yang perlahan sehingga mendidih (supaya tidak pecah minyak).
- Tunggu sehingga sagu permata kelihatan jernih.
- Akhirnya bubur jagung permata sagu bolehlah dihidangkan untuk seisi keluarga.

Selamat Mencuba...

2 comments:

  1. yang ni me dah penah rasa...memang terangkat bila makan..air tangan MakPah memang clas!!...tak tau nak try bila..heehee

    ReplyDelete
  2. trm kasih laaa... pujian melambung tinggi ni... nanti boleh laa try buat sendiri ye..

    ReplyDelete