Ramuan :-
- 1 bungkus agar-agar
- 6 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 tin susu cair
- 3/4 tin susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan horlick
- 3 biji telur
- 2 sudu makan tepung kastard
Cara Penyediaan :-
- Masukkan agar-agar dan gula ke dalam periuk.
- Panaskan di atas api perlahan.
- Biar sehingga mendidih dan gula menjadi larut.
- Dalam bekas berasingan pukul telur sehingga kembang.
- Masukkan esen vanilla, susu pekat, susu cair, tepung kastard serta horlick.
- Pukul sehingga sebati.
- Semasa menuang bahan tadi ke dalam periuk berisi agar- agar, perlulah ditapis dahulu supaya tidak bergentel.
- Kacau adunan sehingga mendidih.
- Bila sudah masak,tuang ke dalam acuan dan tunggu sehingga sejuk.
- Selepas itu bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
p/s : enak di makan ketika sejuk...
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment