nuffnang
Monday, 29 October 2018
Apam Nasi
Ramuan:-
- 1 cawan nasi
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 1/2 cawan air suam
- 11g yis mauripan
- 1/2 biji kelapa parut
- Sedikit garam
Cara-Cara Penyediaan:-
- Blend nasi, gula dan yis bersama air sehingga hancur halus.
- Ayak tepung gandum dan tepung beras kemudian masuk dalam bekas.
- Tuang ramuan kisar ke dalam bekas tepung kacau sehingga sebati. Perap dalam bekas tertutup selama 1 jam.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak. Apabila adunan sudah kembang tuang adunan dalam acuan.
- Didihkan air terlebih dahulu dalam kukusan. Kukus selama 15 minit guna api sederhana.
Hidang bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment