nuffnang

Wednesday, 24 May 2017

Lapis Labu Kuning


Ramuan:-
- 6 cawan santan
- 1 1/8 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan (simpul)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan labu kuning (sudah lenyek)

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masak gula, garam, daun pandan dan santan hingga larut.
- Dalam bekas lain masukkan kesemua tepung gaul rata 
- Tuang santan suam-suam kuku ke dalam bekas tepung dan kacau sebati kemudian tapis.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian di masukkan labu lenyek dan satu bahagian lagi biar warna putih.
- Didihkan air kukusan. Alaskan loyang 7x7 dengan plastik dan sapu minyak sedikit. Tuang adunan labu dan kukus selama 5 minit.
- Diikuti adunan putih dan kukus selama 5 minit. Ulangi sehingga habis.
- Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit.
Setelah masak angkat dan sejukkan.
- Biarkan kuih sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. 

Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment