Ramuan:-
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar ovelet
- 1 cawan gula halus
- 4 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar minyak mazola
- 2 cawan tepung gandum)
- 1 sudu teh baking powder) ayak
Cara-Cara Penyediaan:-
- Pukul telur, gula dan ovelet sehingga putih pekat.
- Masukkan esen dan susu pukul sehingga putih berkrim.
- Kemudian masukkan tepung sikit-sikit pukul sehingga sebati.
- Bahagikan pada tiga bahagian dan warnakan. Tuang ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak. Permukaan loyang hendaklah ditutup foil supaya air tidak menitik pada permukaan kuih.
- Didihkan air terlebih dahulu dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment