nuffnang
Friday, 18 April 2014
Kole Kacang
Ramuan:-
- 2 cawan santan cair
- 1 cawan gula merah
- 2 sudu besar gula pasir
- 3 helai daun pandan disimpul
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung kacang hijau (babas)
- Sedikit garam
Cara-Cara Penyediaan:-
- Masak santan pekat sehingga menjadi tahi minyak kemudian toskan. Biarkan minyak dalam kuali.
- Gula merah, gula pasir, garam, daun pandan dan santan cair dimasak sehingga larut dan sejukkan. Ketepikan.
- Sediakan bekas masuk tepung kacang hijau, tuang air gula merah kacau hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam kuali yang berisi minyak kelapa tadi kacau hingga sebati.
- Masak atas api hingga pekat kemudian tuang dalam loyang dan taburkan tahi minyak.
- Apabila kuih sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment