nuffnang

Wednesday, 2 July 2014

Puding Sagu Gula Merah


Ramuan:-
- 1 cawan sagu mata ikan
- 6 cawan air
- 1 sudu teh pewarna hijau
- 1 tin susu cair

 Sirap Gula
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan air

Cara-Cara Penyediaan :-
- Didihkan air bersama warna hijau masukkan sagu kacau sehingga sagu masak. Tapiskan dan siram dengan air sejuk.
- Masukkan sagu ke dalam acuan kecil kemudian sejukkan.
- Campurkan  kesemua gula pasir dan gula merah, tuang air tunggu sehingga mendidih.
- Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam bekas.
- Tuangkan susu cair kemudian tuangkan sirap dan gula.
- Sedia untuk dihidangkan.

P/S Makan dengan susu cair yang disejukkan memang sedap...

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment