nuffnang

Saturday, 13 September 2014

Talam Keladi Berlauk


Ramuan:-
- 110 g tepung beras
- 40 g tepung ubi
- 100 g tepung gandum
- 1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
- 100 g udang basah (cincang)
- 150 g ubi keladi  (potong dadu kukus)
- 1 genggam udang kering (direndam tumbuk)
- 1 labu bawang merah (potong dadu goreng)
- 6 tangkai daun sup (hiris)
- 6 tangkai daun bawang (hiris)
- 1 biji cili merah (hiris)
- 1/2 tsp lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Sedikit bawang goreng siap

Cara-Cara Penyediaan:-
- Panaskan minyak, goreng bawang dan udang tumbuk hingga garing.
- Masukan kesemua tepung ke dalam bekas dan masukkan bahan goreng tadi.
- Selepas itu masukkan garam, lada sulah, santan, daun bawang, keladi dan daun sup gaul rata.
- Kacau atas api sehingga naik wap. Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser minyak.
- Panaskan kukusan dan kukus selama 30 minit.
- Biar kuih sejuk selepas itu tuang sos di atas kuih dan tabur bawang goreng, baki daun sup dan lada merah.
- Bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.


Ramuan Sos Cili:-
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 1 sudu besar cili sos
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar cuka
- 1/2 tbsp tepung jagung
- 2 sudu besar air
- Garam secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan kesemua bahan dan dikacau atas api sehingga mendidih.
- Tuang di atas kuih ratakan dan tabur lebihan semua daun dan bawang goreng.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment