nuffnang

Wednesday, 12 August 2015

Apam Pisang


Ramuan:-
- 1 cawan pisang yang dah dilecek ( sy guna pisang berangan)
- 2 cawan tepung gandum (rata cawan yer)
- 2 biji telur gred B ( gred A pun boleh)
- 1/ 2 cawan gula pasir (bleh juga guna gula perang)
- 1/ 2 cawan susu pekat manis
- 1/ 2 cawan minyak masak/jagung
- 1 sudu teh baking soda
- 1/ 2 sudu teh baking powder
- Sedikit garam

Cara-Cara Penyediaan:-
- Pecahkan telur masukkan dalam bekas.
- Satukan semua bahan kacau biar sebati.
- Perap selama 30minit dalam bekas bertutup.
- Panaskan kukusan hingga air mendidih..
- Sapukan minyak pada acuan masukkan adunan 3/4 acuan.
- Kukus 15 minit..api sederhana.. (jika suka apam yg merekah bleh guna api besar)

Selamat Mencuba...

1 comment: