Ramuan :-
- 1 cawan sagu (basuh dan toskan)
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu makan pewarna merah
-1/2 sudu teh esen ros
- 1/2 biji kelapa parut
- Sedikit garam
Cara-Cara Penyediaan :-
- Masukkan air ke dalam periuk kemudian masukkan gula, pewarna merah dan esen ros.
- Tenggek atas api, tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan sagu.
- Kacau sehingga likat dan biji sagu masih kelihatan putih. Padamkan api.
- Tuangkan ke dalam bekas yang telah disapu minyak. Kukus selama 25 minit atau sagu tiada kelihatan putih.
- Sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong dan golekkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment