nuffnang

Friday, 23 September 2016

Keria Kentang


Ramuan:-
- 600 g kentang (rebus hingga lembut)
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar planta/margerine
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu teh baking powder

Cara-Cara Penyediaan:-
- Lenyek halus kentang semasa masih panas.
- Masukkan majerin dan gula biar hingga sejuk.
- Kemudian masukkan tepung dan baking powder ke dalam adunan kentang.
- Uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
- Bentukkan adunan seperti kuih keria dan goreng hingga kekuningan.
- Angkat dan toskan. Ketepikan duhulu.

 Untuk Sira:-
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/3 cawan air

 Cara-Cara Menyira:-
- Gula dan air dimasak dalam kuali sehingga berbuih dan likat.
 - Selepas itu masukkan kuih keria dan gaul rata.
- Tutup api dan terus gaul hingga gula tersalut pada kuih.

 Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment