Ramuan:-
Ibu Roti:-
- 6 gm yis mauripan
- 1 sudu besar gula
- 1/4 cawan air
Adunan doh:-
- 500 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar marjerin/mentega
- 200 ml susu cair
- Air secukupnya untuk menguli
- Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan gula dan yis gaul rata kemudian tuangkan air kacau hingga sebati.
- Biarkan sebentar sehingga kembang dan berbuih.
- Tepung gandum, gula, garam dan marjerin digaul rata kemudian masukkan bancuhan yis gaul lagi.
- Tuang susu cair sambil digaul serta tuang air sikit demi sedikit sehingga menjadi satu doh.
- Tutup dan rehatkan sehingga doh kembang.
- Apabila doh kembang tumbuk-tumbuk supaya mengeluarkan angin.
- Ambil doh bulat-bulatkan sebesar bola pingpong kemudian canaikan doh jangan terlalu nipis.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Api hendaklah sederhana sahaja.
- Angkat dan toskan. Roti arab sedap dicicah dengan kari ataupun sambal sardin.
Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment