nuffnang

Monday, 26 November 2012

Kuih Rengas


Ramuan:-                                                                              
- 250 gm kacang hijau (rendam 2 jam)
- Air secukupnya untuk merebus
- 3/4 cawan gula pasir (ikut citarasa)
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam

Untuk Salut Kuih:-

-1 cawan tepung gandum
- 1 sudu tepung beras
- 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
- 1/2 sudu kecil garam
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Penyediaan:-

- Kacang hijau direbus sehingga empuk dan kering airnya.
- Masukkan gula, garam dan tepung gandum. Kacau sebati sehingga kering.
- Biarkan dahulu ianya sejuk.
- Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan tekan sedikit supaya leper.
- Celupkan kuih pada adunan salut tadi.
- Panaskan minyak dan gorenglah kuih sehingga kekuningan.
- Toskan supaya tidak berminyak.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment