nuffnang

Saturday, 10 November 2012

Bingka Sagu Biji


Ramuan:-                                                                   
- 100 gm sagu biji
- 70 gm mentega
- 90 gm gula pasir
- 2 biji telur
- 75 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara Penyediaan:-

- Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan sagu biji dan masak sehingga sagu biji jernih.
- Tapiskan sagu biji dan rendam dalam air sejuk. Selepas itu tapis.
- Pukul mentegaj dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur dikacau rata.
- Masukkan garam dan esen vanila kacau.
- Masukkan campuran tepung dan baking powder gaul.
- Akhir sekali masukkan sagu biji kacau sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan yang disapu mentega.
- Bakar selama 45 minit lebih kurang satu jam atau hingga masak.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment