Ramuan :-
- 220 gm gula
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 200 ml susu segar
- 300 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil ovallate
- Pewarna (ikut suka)
- Acuan kertas secukupnya
Cara-Cara Penyediaan :-
- Panaskan kukusan dan bungkus penutupnya supaya air tidak menitis pada apam.
- Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
- Masukkan ovallate dan pukul lagi.
- Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan)
- Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
- Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan.
- Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
- Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment