nuffnang

Tuesday, 5 May 2015

Kek Marble Susu


Ramuan:-
- 3 biji telur
- 1 cawan majerin
- 3/4 cawan gula castor
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1/2 tsp esen vanila
- 3 jenis warna (ikut citarasa)

Cara-Cara Penyediaan:-
- Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
- Kemudian masukkan telur satu persatu.
- Pukul lagi adunan sehingga sebati.
- Masukkan esen vanila dan susu pekat, kacau rata.
- Selepas itu masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder, kaup balik.
- Bahagikan pada tiga bahagian dan warnakan ikut citarasa sendiri.
- Sapu loyang dengan sedikit majerin dan alas kertas.
- Tuangkan adunan yang telah diwarna berselang seli satu persatu.
- Bakar suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba...

2 comments: