Ramuan :-
- 1 biji labu kuning sederhana besar
- 1 biji kelapa (perah)
- 1 sudu kecil garam
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara-Cara Penyediaan :-
- Labu kuning dibuangkan kulit dan biji, potong kecil dan rebus hingga empuk.
- Kemudian tapis dan masukkan semula ke dalam periuk.
- Tuang santan, garam, daun pandan dan gula.
- Tenggek di atas api sederhana perlahan, biar sehingga mendidih.
- Jangan dikacau selalu kerana labu akan hancur.
- Rasalah kemanisan pengat mengikut selera masing-masing.
- Boleh dihidangkan apabila pengat telah sejuk.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment