Ramuan:-
- 460 g labu kuning (rebus)
- 3/4 cawan gula pasir
- 2 biji telur
- 3/4 cawan santan pekat
- 3/4 cawan susu cair
- 2 sudu besar mentega
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
- Sapu acuan dengan sedikit majerin dan tuangkan adunan kisar ke dalam acuan.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C. Bakar selama 1 jam.
- Bakar kuih bingka sehingga kelihatan garing.
- Biar bingka sejuk dahulu barulah boleh dipotong.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment