Ramuan:-
- 4 cawan beras
- 4 1/2 cawan santan
- 5 helai daun pandan
- 2 inci halia
- 1 sudu besar halba
- Garam secukup rasa
Cara-Cara Penyediaan:-
- Rendam beras semalaman. Tos ketepikan.
- Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak.
- Bekas berasingan campurkan santan, garam, halba dan halia hiris. Kacau rata.
- Keluarkan beras dari pengukus, tuang separuh santan dan gaul rata.
- Letak daun pandan bersama beras kukus semula dalam 20 minit.
- Angkat nasi dari kukusan dan tuang santan yang berbaki tadi gaul rata.
- Setelah itu kukus semula selama 25 minit.
- Semasa mengukus nasi buat lubang dengan jari supaya wap boleh naik ke atas dan nasi masak sekata.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment