Ramuan Lapisan Bawah:-
- 3 cawan ubi kayu (siap parut)
- 1 3/4 cawan santan
- 3/4 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
Cara-Cara Penyediaan:-
- Perah ubi kayu, air perahan jangan dibuang. Ketepikan.
- Satukan gula merah dan putih kemudian tuang santan tenggek di atas api kacau sehingga gula hancur.
- Bila air gula sejuk masukkan ke dalam ubi parut tadi.
- Air perahan ubi tadi dibuang dan ambil patinya masukkan ke dalam ubi parut, gaul rata.
- Kacau di atas api dengan api perlahan sehingga ubi separuh masak.
- Sapu loyang dengan sedikit minyak kemudian tuangkan adunan ubi dan ratakan.
- Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 25 minit.
Ramuan Lapisan Atas:-
- 70 gm tepung beras
- 10 gm tepung ubi
- 50gm tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 500 ml santan
Cara-Cara Penyediaan:-
- Bancuh semua bahan-bahan di atas.
- Masak sehingga naik wap kemudian tuang ke atas lapisan bawah.
- Kukus selama 30 minit.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment