nuffnang

Saturday, 4 January 2014

Nasi Ayam Penyet




Ramuan Ayam:-
- 6 ketul ayam - (rebus selama 10 minit toskan simpan air)
- 3 cawan air
- 1 tsp jintan manis (sangai)
- 1 tsp jintan putih (sangai)
- 1 tbsp biji ketumbar (sangai)
- 1 tbsp serbuk kari ayam
- 1/2 tsp serbuk kunyit
- ½ sudu besar serbuk lada putih
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 tsp kecil garam
- Sedikit tepung beras
- Minyak masak untuk menggoreng.
- Kisar kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Masukkan garam, lumurkan bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap selama satu jam.
- Setelah ayam diperap taburkan sedikit tepung beras gaul rata.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
- Semasa hendak menghidang penyekkan ayam dengan anak lesung batu.

Ramuan Sambal:-
- Sedikit minyak masak
- 10 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji cili padi
- 10 biji bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji bawang putih
- 3 biji tomato
- 1 inci belacan
- 1 genggam ikan bilis
- 2 sudu gula merah (ikut citarasa)
- Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing dan juga belacan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili nampak layu angkat.
- Kisar kesemuanya bahan ke dalam pengisar dan kisar separuh halus.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar tadi.
- Masukkan gula merah, garam dan gaul, rasalah mengikut ciratasa sendiri.
- Seeloknya buatlah sambal awal dan ianya boleh disimpan dalam peti sejuk.
- Semasa hendak menghidang panaskan sambal terlebih dahulu.

Ramuan Nasi:-
- 2 1/2 cawan beras
- 1/2 cawan beras pulut
- 3 cawan air rebusan ayam
- 1 tsp garam
- Tuang air rebusan ayam ke dalam rice cooker masukkan garam.
- Kemudian masukkan beras pulut dan beras yang telah ditoskan tadi.
- Masaklah nasi seperti biasa.
- Apabila menghidang letak tempe goreng, tahu goreng sedikit daun salad dan timun.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment