nuffnang

Thursday, 1 December 2011

Puding Buah Peach

Ramuan :-                                              

- 1 bungkus agar-agar
- 6 gelas air
- 1 cawan gula (kalau nak manis, tambah lagi)
- 4 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu esen vanila (jika suka)
- 1 tin buah peach (tuang air buah ke dalam gelas lain. Baki buah peach tadi, dipotong dadu)
- 1 tin susu cair
- 2 biji telur (dipukul)
- 1/2 cawan sagu (direbus dan diwarnakan merah)

Cara Penyediaan :-

- Rendam agar-agar terlebih dahulu kemudian masukkan 4 gelas air ke dalam periuk. Rebus sehingga agar- agar hancur.
- Sementara itu, susun buah peach dan buah ceri dalam acuan.
- Ambil sedikit adunan agar-agar dan curahkan ke dalam acuan yang sudah disusun buah peach dan ceri sehingga sama paras atau tenggelam sedikit buah tersebut. Tunggu sehingga agar-agar keras.
- Air buah tadi dicampur dengan air biasa menjadi dua gelas air. Curahkan ke dalam periuk berisi lebihan agar-agar tadi.
- Bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan ke dalam adunan agar-agar diikuti dengan esen vanila, telur, susu cair dan tunggu sehingga mendidih.
- Curahkan sedikit demi sedikit ke dalam acuan berselang-seli dengan buah peach yang dipotong dadu dan  sagu sehingga habis.
- Biarkan sehingga sejuk dan bolehlah dihidangkan.


Selamat Mencuba....

No comments:

Post a Comment