nuffnang

Thursday, 1 December 2011

Apam Eno Tepung Beras

Ramuan :-
- 2 cawan tapai nasi                                                            
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung beras
- 4 cawan air
- 1 paket eno perasa garam buah-buahan
- 1 sudu besar mauripan

Cara Penyediaan :-

- Kisar gula dan tapai nasi bersama 2 cawan air sehingga halus.
- Masukkan cawan tepung gandum dan tepuung beras ke dalam besen diikuti dengan mauripan.
- Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam adunan tepung dan kacau rata.
- Lebihan air tadi juga dimasukkan sekali.
- Biarkan sehingga adunan kembang kemudian masukkan eno dan digaul rata sehingga berbuih seperti sabun.
- Sementara itu, panaskan periuk kukus.(Bagi yang suka apam sedikit merekah, kukuskan acuan). Selepas   itu, masukkan adunan tadi ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
- Bila hendak makan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam.

Selamat Mencuba....

No comments:

Post a Comment