Ramuan :-
- 1/4 biji betik setengah masak (disagat memanjang)
-1 biji mangga muda sederhana (disagat memanjang)
- 5 sudu makan kacang goreng (ditumbuk kasar)
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 biji limau nipis (diambil jus)
- 2 sudu makan gula
- 1 biji buah tomato (dihiris nipis dibuang bijinya)
Bahan Tumbuk :-
- 1 ulas bawang putih
- 5 biji cili api (tambah lagi jika mahu pedas)
- 1 genggam udang kering (direndam)
Cara-Cara Penyediaan :-
- Masukkan betik, mangga yang telah disagat dan tomato yang dipotong nipis.
- Tumbuk bawang putih, cili api dan udang kering.
- Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi betik tadi.
- Kemudian, masukkan kacang goreng, tuangkan sos ikan dan air limau nipis.
- Kacau hingga mesra dan rasalah masam, manis dan pedasnya.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment