nuffnang
Wednesday, 26 September 2012
Apam Tepung Gandum
Ramuan :-
- 400 gm tepung gandum
- 600 ml air
- 1 cawan gula
- 1 sudu kecil pewarna merah
- 6 gm mauripan
- 1/2 biji kelapa parut ambil putih sahaja
- 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara Penyediaan :-
- Bancuh mauripan dan 1 sudu makan gula dengan air suam, biarkan ianya kembang.
- Tepung gandum dan gula dijadikan satu gaul rata.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kemudian masukkan ibu roti yang mengembang tadi dan gaul hingga sebati.
- Lenserkan loyang dengan minyak masak dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
- Biarkan adunan mengembang barulah dikukus.
- Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.
- Bila sejuk potong dan dihidangkan bersama dengan kelapa parut.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment