Ramuan:-
- 250 gm ubi keladi (rebus)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan
- 1 cawan gula
- 2 sudu makan majerin
- 3 biji telur (gred A)
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil warna ungu
- Sedikit bijan untuk tabur di atas kuih
Cara-Cara Penyediaan :-
- Panaskan oven terlebih dahulu dan masukkan acuan pecah lapan yang telah disapu dengan sedikit minyak masak dan masukkan ke dalam oven.
- Kemudian, kisar kesemua bahan hingga halus.
- Keluarkan acuan pecah lapan tadi dan tuang adunan yang dikisar serta taburkan bijan di atasnya.
- Bakar api bawah, bila telah agak garing tukarkan api atas pula untuk garingkan bahagian atas.
- Biarkan betul-betul sejuk barulah boleh dipotong.
Selamat Mencuba....
No comments:
Post a Comment