nuffnang

Friday, 31 May 2013

Pucuk Ubi Goreng Bersambal


Ramuan:-                                                                                 

(A)
- 2 ikat pucuk ubi
- 1 cawan kacang tanah
- 1 cawan ikan bilis
- Secukupnya minyak untuk menggoreng pucuk ubi

(B)
- 3 ulas bawang merah (kisar)
- 1 ulas bawang putih (kisar)
- 15 bij cil api (kisar)
- 1/2 sudu teh asam jawa adabi
- 3 sudu makan gula
- 1/2 cawan air
- Minyak untuk menumis

Cara-Cara Penyediaan A :-

- Pucuk ubi hendaklah diambil yang kembang sahaja jangan ambil pucuk.
- Goreng pucuk ubi sehingga garing dan tos.
- Kacang tanah digoreng dengan api sederhana. Angkat dan tos.
- Goreng ikan bilis dan toskan.
- Kesemua bahan yang digoreng hendaklah dimasukkan dalam mangkuk.
- Tuang sambal ke dalam bahan goreng dan gaul rata.

Cara-Cara Penyediaan B :-

- Tumis bahan kisar sehingga garing.
- Masukkan setengah cawan air dan masukkan gula, asam dan garam.
- Kacau rata dan rasalah ikut citarasa sendiri.
- Biarkan sambal agak pekat sedikit.
- Tutup api dan biarkan sejuk.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment