Bahagian Doh
- 2 cawan tepung pulut
- 3 sudu makan tepung gandum
- Secubit garam
- Bijan secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Bahagian Inti
- 1/2 biji kelapa parut
- 80g gula melaka/gula merah
- 50g gula putih
- 50ml air
Cara Penyediaan ( Inti ) :-
- Jerang gula melaka/gula merah, gula pasir dan air.
- Kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut.
- Masak di atas api perlahan sehingga inti agak kering.
- Angkat inti dan biarkan sejuk sementara menyediakan doh.
Cara Penyediaan ( Doh ) :-
- Masukkan kedua-dua tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata.
- Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan
- Tepung yang sudah diadun tadi dijadikan doh.
- Kemudian ambil inti yang dikepal-kepal bulat dan masukkan ke dalam doh sehingga habis.
- Gelekkan doh tadi ke atas bijan sehingga tersalut di setiap permukaan dan bentukkan doh berbentuk bulat.
- Panaskan minyak dan boleh lah digoreng sehingga berwarna keperang-perangan.
No comments:
Post a Comment