nuffnang
Monday, 30 July 2012
Bubur Tepung Pulut
Ramuan :-
- 1 cawan tepung pulut
- Sebiji kelapa (perah santannya)
- 2 helai daun pandan
- Air secukupnya
- Secubit garam
- 1/2 cawan gula pasir (ikut citarasa masing-masing)
Cara Penyediaan :-
- Masukkan tepung pulut ke dalam bekas dan masukkan air sedikit demi sedikit seperti membuat doh buah melaka.
- Kemudian gentel doh kecil-kecil sebesar duit 5 sen dan picit ditengahnya.
- Masukkan santan, garam, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
- Selepas itu, bolehlah masukkan doh yang sudah digentel tadi sehingga ia timbul.
- Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment