nuffnang

Thursday, 30 August 2012

Apom Berinti Kastard


Ramuan :-                                                                    
- 2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
- 1/4 cawan gula
- 1 biji telur
- 2 sudu kecil yis
- 1 sudu kecil pewarna kuning
- 1 1/2 cawan susu segar
- 1/2 cawan air (agak2 seperti adunan apom/pancake tapi jangan terlalu cair kerana bila dah kembang adunan jadi ringan)
- 1 sudu besar marjerin (dicairkan)

Inti Kastard :-

- 1/2 cawan gandum
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1/2 cawan gula (boleh dikurangkan jika tak suka manis)
- 1 1/2 cawan air
- 1 sudu kecil pewarna kuning

Cara-Cara Penyediaan :-

- Masukkan yis dalam mangkuk bersama gula pasir dan bancuh dengan sedikit air suam.
- Kemudian masukkan sedikit tepung gandum dan gaul rata.
- Tunggu sehingga kembang.
- Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu segar, air, majerin cair dan pewarna, gaul hingga sebati.
- Masukkan tepung ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata.
Kemudian masukkan adunan yis dan gaul.
- Perap adunan selama 1 jam (lebih lama lebih baik) sehingga adunan kelihatan berbuih.
- Tuang 1 senduk adunan kemudian ratakan dan masak di atas non-stick pan tanpa menggunakan minyak. - - Masak dengan api yang kecil. Tutup kuali dengan penutup.
- Adunan cepat masak jadi jangan biarkan terlalu lama kerana ia cepat hangus.
- Apabila adunan masak, angkat dan letakkan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat separa bulatan.
- Apom akan jadi semakin lembut apabila sejuk.

Untuk Inti :-

- Satukan semua bahan inti, kemudian tapis.
- Masak di dalam periuk di atas api sederhana sehingga kental dan berkilat.
- Inti boleh juga dimasukkan jagung cream atau inti kaya.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment