nuffnang
Wednesday, 1 August 2012
Talam Pisang
Ramuan :-
Lapisan Bawah :-
- 18 bij pisang kapas/emas (dilenyek lumat)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 biji kelapa parut
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan gula
Lapisan Atas :
- 120 gm tepung beras
- 100 gm tepung gandum
- 1000 gm santan
- 180 gm gula
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh pandan paste
- 1 sudu teh warna hijau
Cara Penyediaan :-
Lapisan Bawah :-
- Panaskan kukusan terlebih dahulu.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek ke dalam bekas, kemudian masukkan garam, kelapa parut dan tepung gandum yang sudah digaul rata.
- Lenser loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan pisang tadi ke dalam loyang dan diratakan.
- Kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas :-
- Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas kecuali santan, gaul rata kemudian barulah masukkan santan sikit demi sedikit hingga habis.
- Selepas itu, masukkan kedua-dua pewarna hijau dan gaul rata.
- Kacau atas api sederhana hingga naik wap kemudian tuangkan pada lapisan bawah.
- Kukus selama 15 minit.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment