nuffnang
Monday, 25 March 2013
Cucur Jawa
Ramuan:-
- 250 gm tepung gandum
- 50 gm tepung beras
- 350 ml air suam
- 3/4 sudu teh garam
- 250 gm gula melaka
- Minyak masak secukupnya
Cara-Cara Penyediaan:-
- Dalam bekas satukan tepung gandum dan tepung beras.
- Masukkan gula melaka, tuang air dalam periuk tenggek atas api sehingga gula cair.
- Tuang air gula melaka tadi ke dalam tepung dan garam kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati.
- Tapis adunan dan perap semalaman.
- Panaskan minyak masak sedikit sahaja dalam kuali dengan api perlahan.
- Kemudian ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah-tengah kuali.
- Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan.
- Kuih ini memang digoreng satu persatu.
Selamat Mencuba....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment