nuffnang

Saturday, 1 November 2014

Lapis Sagu


Ramuan:-
- 3 cawan sagu biji
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil garam halus
- 2 warna pilihan

Cara-Cara Penyediaan:-

- Rendam sagu biji selama 15 minit dan toskan, gaul dengan kelapa parut, garam dan gula.
- Bahagikan adunan kepada tiga dan setiap bahagian diwarnakan ikut pilihan dan satu bahagian biar warna asal.
- Lengser loyang dengan minyak, ratakan sagu biji yang telah diwarnakan kukus 15 minit,
- Masukkan pula lapis yang asal putih kukus 15 minit.
- Akhir sekali masukkan sagu biji yang berwarna kukus 15 minit.
- Setelah masak angkat dan sejukkan.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment