nuffnang
Monday, 3 December 2012
Apam Gula Hangus
Ramuan :-
- 2 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
- 1/2 cawan minyak
- 2 sudu besar marjerin
- 2 sudu susu pekat
- 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
- 1 sudu kecil soda bikarbonat (ayak)
Cara-cara Penyediaan :-
- Masak gula hingga kuning keemasan dan tuang air kacau hingga gula tidak berketul.
- Biarkan gula hangus sejuk.
- Pukul telur hingga kembang, masukkan susu, minyak dan marjerin hingga adunan sebati.
- Tuang gula hangus kacau rata barulah masukkan tepung dan soda bikarbonat pukul hingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan ikut kesukaan masing-masing.
- Panaskan kukusan hingga air mendidih dan masukkan kuih apam.
- Penutup kukusan hendaklah dibalut kain supaya wap tidak keluar.
- Kukus selama 15 minit.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah.. Menjadi.... Sedaaappp... Tq
ReplyDeleteTrima kasih selendang puith sudi mengunjungi blog kak pah dan mencuba resipi yang mudah untuk disediakan.
ReplyDelete