nuffnang
Thursday, 31 January 2013
Taufu Lembut Bersos
Ramuan:-
- 1 keping taufu lembut
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh gula
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 kiub ikan bilis
- 1 sudu teh tepung gandum
- 1/3 cawan air
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit daun sup (hiris)
Cara-Cara Penyediaan:-
- Didihkan air masukkan taufu lembut dengan bekasnya sekali dan rebus selama 15 minit.
- Angkat dan biarkan taufu sejuk. Keluarkan dari bekas dan masukkan dalam pinggan.
- Sementara itu sediakan periuk masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, kiub ikan bilis, bancuhan tepung, bawang putih dan air.
- Kacau sebati kemudian tenggek di atas api kacau hingga pekat.
- Angkat dan siramkan ke atas taufu yang sudah direbus tadi.
- Taburkan bawang goreng serta daun sup dan bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment