nuffnang

Tuesday 24 January 2012

Kek Karamel Belang

Ramuan :-                                                                  
A) Karamel 
- 1/2 cawan susu cair
- 70g gula kastor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur

B) Lapisan Kek
- 140g tepung gandum
- 70 g gula kastor
- 3 biji kuning telur
- 135 ml air biasa
- 1 sudu teh baking powder
- 45 ml minyak masak


C) Gula Hangus
- 2 sudu besar gula (taburkan gula ke dalam loyang dan masak di atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang. Setelah cair sepenuhnya, biarkan ia sejuk)

D) Merinque 
- 6 biji putih telur
- 70g gula kastor
- 1 sudu teh krim tartar

Cara Penyediaan :-
- Kacau kesemua bahan A perlahan-lahan dan pastikan ia tidak berbuih.
- Masukkan bahan A ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
- Kemudian, pukul kesemua bahan B sehingga sebati.
- Pukul bahan D sehingga kembang dan pekat.
- Adunan B dan D dicampurkan dan digaul sehingga sebati.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna mengikut citarasa masing-masing.
- Masukkan adunan yang telah diwarnakan ke dalam loyang tadi.
- Bakar adunan menggunakan cara double boiling selama 1 jam- suhu 160-180C
- Bila sudah masak bolehlah diangkat dan biarkan ia sejuk selama 10-15 minit
- Terbalikkan kek yang dibakar tadi.
- Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
- Bagi yang suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dimakan.


Selamat Mencuba...

Kuih Lapis

Ramuan :-                                                                                                     
 
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung kanji
- 2 cawan tepung beras
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 6 cawan santan
- Sedikit garam
- Pewarna merah
- Loyang 7 X 7

Cara Penyediaan :-

- Masukkan tepung gandum, tepung kanji, tepung beras, gula dan santan ke dalam besen dan kacau rata.
- Sementara itu panaskan air dalam kukusan.
- Adunan yang sudah sebati tadi ditapiskan terlebih dahulu.
- Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian. Satu adunan dengan warna asal (warna putih) manakala satu lagi dicampurkan dengan pewarna merah.
- Untuk memudahkan kuih ini dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak.
- Masukkan 2 cawan adunan warna putih kukus selama 5 minit.
- Selepas itu, masukkan pula 1 cawan adunan warna merah dan kukus selama 2 minit.
-Kemudian selang seli warna merah dan putih hingga adunan habis.
- Lapisan terakhir yang berwarna merah dikukus selama 20 minit.
- Apabila sudah sejuk, bolehlah dihidangkan.

Selamat Mencuba...