nuffnang

Thursday 15 December 2016

Permata Zamrud



Ramuan A:-
- 1 1/2 cawan tepung pulut
- Air pandan secukupnya
- Sedikit pewarna hijau

-  Satukan kesemuanya dalam bekas dan masukkan air sikit-sikit uli hingga jadi doh seperti buah melaka.

Ramuan B:-
- 2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan tepung beras
- 2 tbsp tepung jagung
- 2 tbsp tepung gandum
- 1/8 tsp garam

- Satukan kesemuanya dalam periuk dan kacau rata.
- Masak atas api dan kacau hingga naik wap sahaja. Ketepikan.

Ramuan Inti:-
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 1 cawan gula merah*
- 3 tbsp gula*
- 2 helai daun pandan*
[Campur bahan bertanda * dan masukkan sedikit air]

- Tapis air gula tadi sebelum dicampurkan dengan kelapa parut putih.
- Masak kesemua ramuan ke dalam kuali dan tenggek di atas dapur. Kacau sehingga sebati. Sejukkan.

Penyediaan Doh Hijau:-

- Terlebih dahulu acuan lompang disapu minyak.
- Bulatkan doh sebesar guli, buat lubang ditengah dan masukkan inti tutup rapat.
- Kemudian masukkan ke dalam acuan dan letak doh di tengah-tengah. Buat sehingga adunan habis.

- Tuang ramuan B ke dalam acuan.
Kukus selama 10 minit dengan api sederhana. Biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari acuan.

Selamat Mencuba...

2 comments: