nuffnang

Wednesday 30 November 2016

Pulut Kuning Kukus


Ramuan:-
- 1 kg beras pulut 
- 4 sudu teh serbuk kunyit
- 3 keping asam keping
- 1000 kg santan kelapa 
- 3 sudu teh garam halus

Cara-Cara Penyediaan:-
- Beras pulut dibasuh bersih kemudian direndam air melebihi paras pulut. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping.  Kacau rata dan rendam selama setengah jam.
- Dalam bekas berasingan masukkan santan dan garam kacau rata.
- Tos pulut kemudian masukkan ke dalam loyang, tuang santan serta ratakan.
- Sementara itu didihkan air dalam kukusan dan masukkan ke dalam loyang yang berisi pulut dan kukus selama 25 minit.
- Selepas 25 minit buka tudung kukusan, balik-balikkan pulut agar masak sekata.  Kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
- Pulut kuning sedap dimakan bersama rendang atau sambal tumis.

Selamat Mencuba...

2 comments: