nuffnang

Wednesday 24 May 2017

Lapis Labu Kuning


Ramuan:-
- 6 cawan santan
- 1 1/8 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan (simpul)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan labu kuning (sudah lenyek)

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masak gula, garam, daun pandan dan santan hingga larut.
- Dalam bekas lain masukkan kesemua tepung gaul rata 
- Tuang santan suam-suam kuku ke dalam bekas tepung dan kacau sebati kemudian tapis.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian di masukkan labu lenyek dan satu bahagian lagi biar warna putih.
- Didihkan air kukusan. Alaskan loyang 7x7 dengan plastik dan sapu minyak sedikit. Tuang adunan labu dan kukus selama 5 minit.
- Diikuti adunan putih dan kukus selama 5 minit. Ulangi sehingga habis.
- Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit.
Setelah masak angkat dan sejukkan.
- Biarkan kuih sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. 

Selamat Mencuba..

Agar-agar Strawberry


Ramuan:-
- 20gm agar-agar tali
- 5 gelas air
- 1 tin susu cair
- 1 ¼ cawan gula pasir (boleh tambah)
- 1/2 tbsp pewarna merah
- 1 cawan buah strawberry (kisar dan tapis)

Cara-Cara Penyediaan:-
- Rendam agar-agar buang air kemudian tuang air di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut.
- Selepas agar-agar larut, masukkan gula pasir masak lagi. Tuang susu cair dan warna merah. Kacau sehingga mendidih.
- Tutup api dan tuang agar-agar ke dalam bekas biar sejuk. Bila
telah sejuk barulah masukkan dalam peti ais.

Selamat Mencuba...

Coconut Blossom


Ramuan:-
- 3 biji telur A (sejuk)
- 1 cawan gula castor
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 tbsp baking powder
- 1 tbsp ovalette
- 1/4 cawan susu cair
- 1/2 tbsp warna hijau
- 1 tsp pandan paste

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan kesemua ramuan ke dalam mixture.
- Whisk sehingga kembang dan pekat.
- Bubuh 1/2 sudu kecil adunan ke dalam mangkok kertas.
- Masukkan inti kelapa ke dalam adunan. Kemudian tutup semula dengan adunan.
- Didihkan air dalam kukusan terlebih dahulu. Kukus selama 10 minit gunakan api sederhana besar.
- Sekira api terlalu besar coconut blossom akan merekah.

Inti kelapa:-
- 1 biji kelapa parut (putih)
- 3/4 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu besar tepung pulut
- 2 helai daun pandan disimpul

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masak gula merah, gula pasir daun pandan dengan sedikit air masak sehingga gula hancur. Kemudian tapis.
- Masukkan kelapa parut dalam kuali kacau atas dapur sehingga kering. Selepas itu masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
- Biarkan sejuk, bulat-bulatkan inti kelapa.

Selamat Mencuba...

Tuesday 16 May 2017

Mee Rebus


Ramuan:-
- 7 ulas bawang kecil
-3 ulas bawang putih
- 1/2 cawan udang geragau
- 1/2 cawan udang kering
- 2 sudu makan taucu
(*) Kesemua kisar hingga halus
- 3 batang serai dititik
- 350 g keledek direbus (kisar halus)
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 5 sudu makan rempah kari
- 3 sudu makan tepung jagung
- 2 liter air
- 2 sudu besar tepung jagung
Garam & gula secukupnya

Cara-Cara Penyediaan:-
- Panaskan minyak masukkan serai kacau hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar & serbuk ketumbar. Kacau hingga terbit minyak. Masukkan air,  keledek, gula, garam serta bancuhan tepung jagung.
- Biarkan mendidih dan  kepekatan kuah ikut kesukaan anda.
- Rasalah garam dan gula. Kuah mee rebus kena lebih gula biar manis, baru sedap.

Hiasan Mee:-
- 1 1/2 kg mee kuning (celur)
- Tahu goreng
- Telur rebus
- Lada hijau dihiris
- Daun sop bawang dihiris
- Limau kasturi
- Bawang goreng

- Masuk mee ke dalam mangkuk letak ramuan di atas dan tuang kuah dan boleh dimakan.

Selamat Mencuba...

Ayam Black Pepper


Ramuan:-
- 1 ekor ayam
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 labu bawang besar (hiris)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 in halia (hiris halus)
- 5 sudu besar sos blackpepper
- 5 sudu besar sos tiram
- 5 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar biji lada hitam  (tumbuk)
- Gula dan air secukupnya
- Minyak untuk tumis

Cara-Cara Penyediaan:-
- Daging ayam garam dan serbuk kunyit digaul rata.
- Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang layu.
- Masukkan sos blackpepper, sos tiram dan serbuk lada hitam.
- Masukkan daging ayam tuang sedikit air. Rasa mengikut citarasa masing-masing.
- Padamkan api dan boleh hidangkan.

Selamat Mencuba...