nuffnang

Tuesday 31 July 2012

Abok-Abok Tepung Pulut


Ramuan :-                                                                                        
- 2 cawan tepung pulut
- 1/2 biji kelapa parut ambil putihnya sahaja
- 6 sudu makan air
- 1 sudu teh garam
- Gula merah secukupnya
- Daun pisang untuk membungkus kuih (dilayukan dahulu)
- Lidi pencungkil gigi untuk menyemat

Cara-Cara Penyediaan :-
- Masukkan tepung pulut, garam, kelapa parut ke dalam bekas dan gaul rata.
- Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul berderai.
- Selepas itu, daun pisang yang sudah dilayukan tadi di buat kelongsong seperti kacang putih.
- Masukkan 1 1/2 sudu adunan tepung dan isikan satu sudu kecil gula merah di atasnya.
- Kemudian masukkan lagi satu sudu besar adunan tepung.
- Bungkus kemas dan sematkan dengan lidi.
- Kukus kuih di dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu selama 20-25 minit.
- Sejukkan kuih dan bolehlah dihidangkan.

Selamat Mencuba...

1 comment: