nuffnang

Thursday 23 April 2015

Apam Yogurt


Ramuan:-
- 1 1/2 cawan gula kastor
- 1 tbsp ovalette
- 2 cwan tepung gandum
- 1 cawan yogurt perisa asli
- 2 biji telur
- 1/2 tsp double action baking powder
- 1/2 tsp esen vanilla

Cara-Cara Penyediaan:-
- Panaskan Kukusan terlebih dahulu.
- Campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan pekat seperti yogurt.
- Masukkan dalam paper cup dan kukus.
- Pastikan kukus cukup panas kalau tidak apam tidak akan pecah.
- Kukus selama 15 minit.

Selamat Mencuba...

Selamat Mencuba..

Tapai Pulut


Ramuan:-
- 1 kilo beras pulut
- 1/4 dari sebiji ragi

Cara-Cara Penyediaan:-
- Rendam pulut selama dua jam kemudian toskan.
- Kukus pulut sehingga masak.
- Keluarkan pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas.
- Biarkan pulut betul-betul sejuk.
- Hancurkan ragi dan ayak ragi ke atas pulut.
- Ragi biar rata kena semua bahagian pulut
- Selepas itu bungkus pulut dalam daun pisang.
- Peram selama dua hari selepas itu bolehlah dimakan.

Selamat Mencuba..