nuffnang

Wednesday 24 June 2020

Kek Buah Kukus


Ramuan:-
- 380 g gula pasir
- 60 ml air panas
- 280 g mentega
- 500 g buah campuran
- 420 g tepung gandum *
- 1 sudu kecil cream of tartar *
- 2 sudu kecil soda bikarbonat  *
- 3 biji telur (gred A)



- 1 sudu kecil esen vanilla
- Semua bahan bertanda * hendaklah diayak

Cara-Cara Penyediaan:-

- Masak gula hingga cair dan perang (karamel) tuang air kacau sampai larut.
- Kemudian masukkan mentega masak hingga cair. Tutup api. Angkat dan tuang dalam bekas (biar agak suam sedikit).
- Masukkan campuran tepung tadi gaul rata.
- Pukul telur dan esen vanilla hingga kembang. Tak perlu sampai gebu. Agak-agak berbuih halus dah ok.
- Masukkan ke dalam adunan tepung tadi gaul rata dan sebati.

- Guna loyang 9x9 bulat atau empat segi. Loyang hendaklah disapu dengan marjerin di sekeliling loyang.
- Di bahagian bawah, lapik dengan kertas alas kek.
- Tutup loyang dengan plastic wrap atau aluminium foil untuk elakkan air jatuh atas kek.
- Kukus dengan api sederhana selama 3 hingga 4 jam.
- Kek buah lebih lama disimpan lebih lembab kerana jus dari buah2 kering mula sebati dengan kek dapat tahan sehingga 6 bulan.

Selamat Mencuba...

Saturday 6 June 2020

Kuih Peria Katak

Ramuan Doh:- 
- 2 cawan tepung pulut
- 1 sudu makan bumbung tepung gandum 
- 1 sudu kecil garam halus
- 1/8 tsp warna hijau
- Sedikit minyak masak untuk guna doh

- 1-2 cawan santan (kisar dgn 3 helai daun pandan )
- Daun pisang secukupnya utk alas kuih, potong mengikut bentuk kuih.
 

Cara-Cara Penyediaan:- 
- Sediakan bekas masukkan tepung pulut, tepung gandum juga garam gaul rata.
- Kemudian tuang santan yg telah dicampur dengan pandan tuang sikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Tuangkan pewarna hijau gaul rata.
- Doh dibulatkan sebesar bola ping pong.
- Seterusnya leperkan doh ambil inti letak di atas doh dan katup rapat.
- Bentukkan bujur letak dalam pinggan yang berisi minyak buatlah hingga habis.
- Ambil pembungkus buah (foam protection net fruit - boleh google or rujuk gambo kak pah kasi kat bawah yeee if kompius hehehe) letak doh di tengah-tengah pulas perlahan kemudian letak di atas daun pisang. Buat hingga habis.


- Didihkan air dalam kukusan terlebih dahulu kemudian bolehlah kukus kuih selama 15-20 minit.
 

Inti Kelapa:- 
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 1 cawan gula merah 
- 4 sudu makan gula pasir
- 3/4 cawan air
- 1 helai daun pandan (disimpulkan)
- 1 sudu makan tepung gandum
 

Cara-Cara Penyediaan:- 
- Air, gula merah, gula putih masuk dalam kuali tuang air gaul serta masuk tepung kacau juga daun pandan hingga rata.

- Hidupkan api sederhana besar kacaulah hingga pekat tiada berair lagi.
- Biar sejuk kemudian gentel bulat supaya senang untuk kita letak dalam doh.






Selamat Mencuba...