nuffnang

Wednesday 30 March 2016

Kerabu Jambu Gajus


Ramuan:-
- 6 biji buah gajus yang masak
- 6 tangkai pucuk gajus (hiris)
- 1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
- 2 ekor ikan kembung (rebus ambil isi)
- 1 sudu besar kerisik
- 1 tangkai lada merah
- 3 biji cili padi
- 1 biji limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan:-
- Bersihkan buah gajus, asingkan dari bijinya dan hiris.
- Isi ikan hendaklah dihancurkan kasar.
- Kemudian masuk dalam bekas serta semua ramuan dan gaul rata.
- Rasalah mengikut citarasa masing-masing.
- Bolehlah dihidangkan makan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba..

Laksa Utara


Ramuan:-
- 1 bungkus laksa kering  (rendam lembut dan direbus)
- 5 ekor ikan kembung
- 5 ekor ikan sardin
- 10 keping asam gelugor
- 1 ikat daun kesom
- 3 kuntum bunga kantan
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (jika perlu)

Ramuan Kisar:-
- 2 biji bawang besar
- 2 1/2 inci belacan bakar
- 4 sudu besar cili kering kisar

Ramuan Ulam:
- 1 ikat daun selom (hiris)
- 1 biji timun (hiris)
- 1 pohon daun salad (hiris)
- 18 biji cili api (potong bulat)
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 3 biji telur (rebus)
- 5 biji limau kasturi (belah dua)

Cara-Cara Penyediaan:-
- Ikan disiang dan dibasuh bersih.
- Masukkan ikan ke dalam periuk tuang air setakat paras ikan sahaja.
- Masukkan 10 keping asam gelugor, rebus ikan hingga masak.
- Keluarkan ikan dan asingkan isi ikan dari tulangnya.
- Isi ikan dimasukkan ke dalam blender tuang air  dan kisar halus.
- Tapiskan air rebusan ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk.
- Kisar tulang ikan hingga halus jadikan satu dalam periuk isi ikan.
- Masukkan ramuan kisar ke dalam periuk, tambah air hingga secukupnya.
- Akhir sekali msukkan asam keping, garam, daun kesom dan bunga kantan masak hingga mendidih.
- Hidangkan laksa bersama kuah dan bahan hiasan.

Selamat Mencuba...

Som-som Labu Kuning


Ramuan
- 1/2 cawan labu lecek
- 2 cawan tepung beras
- 8 cawan santan
- 1 sudu teh garam
- 2 titik warna kuning

Cara-Cara Penyediaan:-
- Tepung beras dibancuh dengan dua cawan santan kacau rata.
- Masukkan enam cawan santan, labu lecek dan garam ke dalam periuk.
- Tenggek di atas api kacau sehingga mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung beras tadi.
- Kacau selalu sehingga adunan pekat dan meletup-letup.
- Adunan hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berketul.
- Angkat dan segera masukkan adunan ke dalam acuan supaya tidak keras.
- Semasa dihidang tuang air gula dan bolehlah dimakan.

Ramuan Air Gula:-
- 1 cawan gula merah
- 1/3 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan (simpul)

Cara-cara Penyediaan:-
- Masukkan kesemua ramuan di atas ke dalam periuk.
- Tenggek di atas api hingga mendidih.

Selamat Mencuba...

Thursday 24 March 2016

Kuih Lapis 1 Malaysia


Ramuan:-
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 tepung beras
-  1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 8 cawan santan
- 1 sudu kecil garam
- Warna merah, hijau, putih, kuning dan ungu.

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama gula dan tenggek di atas api hingga mendidih. Biarkan sejuk.
- Tuang santan ke dalam ramuan gaul rata dan tapis.  Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
- Masukkan warna mengikut citarasa pada setiap bahagian.
- Panaskan terlebih dahulu kukusan dan sapu acuan 8in x 8in dengan sedikit minyak.
- Tuang adunan putih dan kukus selama 5 minit dan tuang lapisan kedua kukus lagi selama 5 minit.
- Ulangi sehingga setiap adunan habis, lapisan akhir hendaklah dikukus selama 20 minit.
- Apabila kuih masak angkat dan biarkan sejuk.  Potong kuih gunakan pisau plastik.

Selamat Mencuba...

Friday 11 March 2016

Donut Gebu Lembut


Ramuan:-
- 600 gm tepung high protein
- 70 gm marjerin
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 1 paket yis
- Air suam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
- Secukup gula kastor untuk salut donut

Cara-Cara Penyediaan:-
- Air suam dicampur dengan gula, susu dan yis. Biar sampai kembang.
- Gaul tepung, marjerin dan telur yang telah dipukul.
- Masukkan bancuhan yis gaul hingga sebati.
- Tambahkan air suam sikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
-  Perap doh sehingga naik dua kali ganda.
- Tumbuk doh keluarkan angin dan terap dengan acuan donut.
- Susun di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, biarkan kembang dan ringan.
- Goreng dengan api sederhana hingga kuning.
- Apabila agak suam barulah disalut dengan gula kastor atau celup dengan coklat.

Selamat Mencuba..