Ramuan:-
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 8 cawan santan
- 1 sudu kecil garam
- Warna merah, hijau, putih, kuning dan ungu.
Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama gula dan tenggek di atas api hingga mendidih. Biarkan sejuk.
- Tuang santan ke dalam ramuan gaul rata dan tapis. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
- Masukkan warna mengikut citarasa pada setiap bahagian.
- Panaskan terlebih dahulu kukusan dan sapu acuan 8in x 8in dengan sedikit minyak.
- Tuang adunan putih dan kukus selama 5 minit dan tuang lapisan kedua kukus lagi selama 5 minit.
- Ulangi sehingga setiap adunan habis, lapisan akhir hendaklah dikukus selama 20 minit.
- Apabila kuih masak angkat dan biarkan sejuk. Potong kuih gunakan pisau plastik.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment