nuffnang

Sunday 8 March 2015

Lala Ala Thai



Ramuan:-
- 1 bungkus lala
- 5 biji cili padi (dikisar lumat)
- 7 ulas bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- 2 batang serai (dikisar)
- 5 helai daun limau purut
- 1/2 sudu sos tiram
- 1 biji lada merah (hiris)
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air

Cara-Cara Penyediaan:-
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air, sos tiram dan daun limau purut kacau sehingga sebati.
- Apabila kuah telah mendidih masukkan garam serta gula secukup rasa.
- Kemudian masukkan lala dan tutup periuk.
- Biarkan seketika atau sehingga lala terbuka bolehlah tutupkan api.

Selamat  Mencuba...

4 comments:

  1. Salam tuan tanah blog dapur kak pah. Sy yam kat bhg akaun tp dah bersara awal huhuhu... kenal lg ke..? Nak tanya yg jual talam cendol bhg akaun diorg selalu order utk jamuan atau lain-lain. Yum..yum.. sedap n best terbayang2 kesedapannye. Tak keberatan bleh tak bg resepinye. Lain org lain caranye sedapnye.. tk byk2..

    ReplyDelete
  2. Salam.. maaf kak pah xcam. almaklum lama dah tinggal alam pekerjaan. trm ksh atas pujiannya dan trm ksh kerana sudi mencuba resipi dapurkakpah. ini resepi talam cendol ya. nanti cuba laa..

    Talam Cendol

    Ramuan :-


    Lapisan Bawah:-
    - 90 gm tepung beras
    - 30 gm tepung gandum
    - 10 gm tepung ubi
    - 90 gm gula pasir
    - 1 sudu teh garam
    - 400 gm santan
    - 200 gm cendol


    Lapisan Atas :-

    - 80 gm tepung beras
    - 30 gm tepung gandum
    - 15 gm tepung ubi
    - 150 gm gula pasir
    - 1 sudu teh coklat emulco
    - 1 sudu teh garam
    - 400 gm santan

    Cara-Cara Penyediaan :-
    Lapisan Bawah :-


    - Satukan kesemua bahan kecuali cendol dan kacau rata.
    - Tenggek atas api kacau sehingga naik wap.
    - Masukkan cendol kacau dan tuang ke dalam loyang.
    - Loyang hendaklah dialas dengan plastik dan disapu minyak.
    - Kukus selama 15 minit.

    Lapisan Atas :-

    - Satukan kesemua bahan dan kacau rata.
    - Tenggek atas api kacau sehingga naik wap.
    - Tuangkan di atas lapisan bawah tadi.
    - Kukus selama 15 minit.

    ReplyDelete
  3. Tk byk2 klu jumpa kakpah bleh sye belanja makan. Itu hari kan kebetulan jumpa kak pah di tesko ampang.. lain kali jika terjumpa kat tesco ampang bleh kita g makan2.. sye dua tiga hari g beli brg dpur kat tesco..

    ReplyDelete
  4. Ok mariam ahmad kita jumpa dilain kali ya.

    ReplyDelete