nuffnang

Monday 2 July 2012

Butter Prawn


Ramuan :-                                                           
- 10 ekor udang XL (dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit)
- 100g mentega
- 4 biji kuning telur (dikacau sedikit)
- 3 tangkai daun kari
- Sedikit lada sulah
- 2 sudu makan susu cair
- Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :-
- Cairkan mentega di dalam kuali dengan api perlahan. 
- Apabila sudah cukup panas tuangkan perlahan-lahan kuning telur yang sudah dimasukkan sedikit lada sulah, susu cair dan garam sambil dikacau perlahan-lahan tanpa henti dengan senduk.
- Kemudian masukkan daun kari (tangan kiri memegang bekas untuk kuning telur dan angkat tinggi sedikit macam nak buat teh tarik sementara tangan kanan memegang senduk. Putar secara sehala sahaja). 
- Angkat dan tapiskan sebaik sahaja minyak mentega tadi berbuih. (Kalau nak garing, boleh biarkan lama sedikit tetapi jangan sampai hangus).
- Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan.
- Letakkan udang goreng tadi di dalam pinggan, kemudian taburkan telur yang digoreng tadi.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment