nuffnang

Wednesday 5 March 2014

Kerabu Mangga Kelantan


Ramuan:-
- 2 biji mangga muda (buang kulit)
- 1 ekor ikan kembung
- 7 biji cili padi kampung
- Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan:-
- Ikan disiang dan dibersihkan kemudian lumur dengan sedikit garam.
- Panggang sehingga masak biarkan sejuk selepas itu asingkan isi dari tulangnya.
- Tumbuk cili padi bersama garam hingga lumat kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
- Sagat buah mangga dan masukkan bahan tumbuk serta gula, kacau rata.
- Rasalah masam, manis dan masin mengikut citarasa masing-masing.
- Sedap dimakan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment