nuffnang

Wednesday 25 September 2013

Puding Roti Bersama Sos Kastard


Ramuan:-                                                           
- 10 keping roti
- 2 cawan susu segar
- 4 sudu besar gula halus
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu makan butter (cairkan)
- 2 genggam kismis

Cara-Cara Penyediaan:-

- Koyak-koyakkan roti, masukkan ke dalam mangkuk.
- Dalam bekas lain masukkan susu segar, telur, gula halus, esen vanila dan mentega cair.
- Kacau rata kemudian tuang ke dalam mangkuk yang berisi roti.
- Biarkan roti terendam seketika. Akhir sekali masukkan kismis gaul rata.
- Tinggalkan sedikit kismis untuk ditabur atas puding.
- Sapu loyang dengan sedikit mentega dan tuang adunan tadi.
- Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Ramuan Sos:-


- 1 tin susu cair
- 1/3 cawan air 
- 2 sudu besar tepung kastad
- 3 sudu besar gula pasir


Cara-Cara Penyediaan :-

- Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
- Tuang sos ke atas puding roti tadi semasa menghidangnya.
- Lebih sedap sekiranya sos dimasukkan dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment